Nuffnang

Afiq Asyraaf's Birthday's

Daisypath Happy Birthday tickers

Birthday Afiq Amsyar

Daisypath Happy Birthday tickers

Alya Aleesya Is Growing Now

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, January 30, 2012

Welcome to the world :Myaa Ariana:

Salam semer,

Saya nak share gambar2 anak buah saya yang terbaru...Myaa Ariana...harta yang tidak ternilai kepunyaan adik saya, Gee dan suaminya, Eriq.

Alhamdulillah, Myaa Ariana selamat dilahirkan pada 4 Januari 2012, kalau tak silap saya pada jam 1130 malam di Pusat Pakar Perubatan Damansara Damai. 

Perasaan saya eksaited sangat...saya yang makcik Myaa pun boleh eksaited apatah lagi mummy dia kan...eksaited nape tau? sebab dapat baby girl.  Mak saya punya lima anak dan sembilan cucu.  Dalam sembilan cucu, hanya tiga orang perempuan saje.  Uniknya atau kebetulan, setiap keluarga ada sorang anak perempuan.  Means, Abang saya anak sulungnya perempuan, tiga orang lagi lelaki.  Saya pulak sorang perempuan, dua lagi lelaki dan Gee sorang lelaki dan sorang perempuan.  Syukur Alhamdulillah. 

Macam2 perasaan saya bile tengok gelagat anak sulung Gee, Miqael Mukriz, 2 tahun.  Bila mummy dia mintak kiss baby Myaa...memule die senyum2...pas tuh muke macam geram...nak pegang seme tangan kaki...mummy dia naik sedih katanye kesian.  Hehehe...Biasalah bile orang dah beradik nih.  Nanti lelame biasa laa dia.

Korang layan jer laa gambar kat bawah ek..nanti lenkali sambung lagi...

Bubbye...

Umur sehari. Bijak budak sekarang kan? Terus celik mata ya.
 
Lahai, so cute. siap menguap lagi.


Tengok, baby seangkatan dia semua tido, baby myaa jer steady...hehehe..

Tempat Myaa dilahirkan - Pusat Perubatan Damansara Damai.

Muke lega sesangat...tengok anak buah yang 2 org, tetap menyelit

Atok n nenek yang setia menjadi pendengar setia anak die yang kuat merungut biler sakit.hehehe

Welcome Home Myaa....

Gelagat abang Miqael Mukriz, teruja ke dengan adik baru?

Friday, January 20, 2012

OST Ombak Rindu


Serius...saya suka lagu ni...lirik dia best...cuma saya tak berpeluang lagi tengok cite nih (pengakuan yang ketinggalan jaman)...Nanti laa saya akan ada peluang jugak tengok...so korang layankan...korang pun suka kan...memang suara hafiz dan adira memang kena...ngam2 ho...

OMBAK RINDU

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku




Friday, January 13, 2012

Bersalin secara pembedahan

N3 ni saya tujukan khas buat adik saya, Gee yang baru selamat bersalin 4 Januari 2012 baru nih.  Dia sungguh 'down' bila dapat tahu yang dia kene bersalin secara Caesarean.  Puas kami tenangkan dia.  Alhamdulillah..kedua2 selamat.  Baby juga comel n baik jer...geram saya tengok...Artikel ini juga elok dijadikan panduan untuk semua kaum wanita dan juga kaum Adam untuk lagi memahami isteri tersayang.

Sumber:  Credit to http://www.hamidarshat.com/

Pembedahan Caesarean Mengapa Perlu ?
Pembedahan Cesarean untuk melahirkan anak dengan cara pembedahan biasanya dilakukan secara cemas (emergency) atau secara diatur (elective). Di antara sebab-sebab ia dilakukan ialah :

1. Bayi lemas (fetal distress), ditandai denyutan jantung bayi sangat perlahan kerana tidak cukup oksigen dibekalkan dalam rahim sewaktu proses beralin.

2. Perdarahan kerana uri diberada depan bayi dan menyekat pintu rahim(Placenta previa).

3 . Rongga punggung ibu sempit, tidak muat kepala bayi.

4.Kedudukkan bayi songsang atau melintang.

5 . Sakit bersalin terlalu lama, mungkin lebih 24 jam, ibu keletihan.

6 . Bayi terlalu besar.

7.Masalah-masalah seperti mandul; berulang-kali keguguran anak; mengandung anak sulung dan ibu berumur lebih 35 tahun ke atas (elderly primidgravida) dan lain-lain..

Bagaimana Bius ?
Biasanya ada dua pilihan ;

1.Bius umum, tidur langsung. (General anesthetic)

2.Bius saraf belakang ‘Epidural’ , hanya kebas pada perut hingga ke kaki, masih sedar tentang apa yang berlaku.

Jagaan Lepas Bedah
Jagaan selepas pembedahan cesarean adalah seperti juga jagaan waktu pantang selepas bersalin atau jagaan selepas pembedahan daripada penyakit jenis lain dalam perut. Rawatan susulan ke klinik ialah selepas 2 minggu untuk melihat perkembangan luka jahitan.

Apa yang penting sekali ialah dalam dua minggu pertama ketika luka daripada pembedahan dan kelahiran bayi mulai pulih, badan memerlukan banyak sumber protin daripada makanan, oleh itu makanan yang berkhasiat dan seimbangterdiri bahan-bahan karbohidrat, protin, vitamin daripada sayur-sayuran dan buah-buahan adalah penting.

"Oleh itu dalam waktu pantang ini, khususnya selepas pembedahan cesarean, janganlah sekat makanan yang berkhasiat oleh sebab kepercayaan dan amalan budaya kita ataupun oleh sebab desakan dari orang orang tua kita.Walau demikian makanan yang tentu boleh menyebabkan masalah seperti yang boleh menyebabkan alahan (allergy) patut dijauhkan."

Kurangkan sedikit bahan-bahan yang kaya dengan minyak dan lemak dan bahan manisan yang mengandungi banyak gula seperti coklat dan ais-krim.Pil vitamin dan logam yang dimakan ketika mengandung patut diteruskan sehingga habis pantang khususnya bagi mereka yang menyusukan kerana proses penyusuan memerlukan bahan bahan vitamin khususnya kalsium dalam pembentukan susu.

Biasanya luka pada perut akan kering dan rapat setelah dua minggu.Ketika ini pesakit boleh melakukan aktiviti dan kerja rumah.

Amalan menggunakan bengkung dan juga bertungku tidak dicegah.

Mengurut pada badan juga tidak dicegah, tetapi jika boleh jangan sentuh bahagian perut khususnya pada luka pembedahan tersebut.

Makanan makanan tambahan untuk mempercepatkan proses pemulihan di luka, seperti Jeli, pati ikan haruan dan lain lain bahan di pasaran tidak dicegah.

Apa yang dilarang ialah mengaplikasikan terus ubat pati gamat atau pati haruan pada bahagian bahagian luka ketika 3 minggu pertamaselepas dibedah.

Ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan kesakitan yang teramat sangat berlaku. Jika ini berlaku anda mesti bersihkan kawasan yang dijankiti kuman dengan savlon yang dicampur air suam, berserta kapas bersih pada kawasan itu. Picit air bisa dan nanah keluar setiap hari dan biarkan luka terdedah kepada udara. Ini akan memeprcepatkan proses pemulihan kulit.

Jarak kehamilan selepas cesarean

Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?

Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun.Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ?misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.

Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.

Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya.Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.

Bolehkah saya melahirkan secara normal berikutnya?
Sebenarnya selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat besar, mungkin melebihi 70 peratus

Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya.Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi lemas, atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi.

Bolehkah seseorang wanita yang menjalani dua pembedahan cesarean melahirkan bayi secara normal?

Sebenarnya ini tidak mustahil kerana pada pengalaman saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas dua kali dibedah cesarean.Tetapi sebelum ini dibenarkan berlaku, satu penilaian penting harus dilakukan, samaada rongga punggungnya itu sempit atau tidak dengan melakukan ujian x-ray punggung (pelvimetry) pada bulan terakhir kandungan.Ukuran besar bayi juga perlu dilakukan melalui ultra-sound.

Ketika mengandung kali ini, ibu tersebut dinasihatkan supaya jangan memakan bahan karbohidrat atau manisan yang berlebihan untuk mencegah bayi menjadi terlalu besar.Makanan yang berasaskan protin dan sayuran perlu ditekankan, malah saya ada satu pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas tiga kali dibedah cesarean.Tetapi ini satu keadaan yang amat luar biasa dan kelihatan mustahil tetapi wujud.

Perlukah selepas tiga kali dibedah ia mesti diikat saluran benihnya (sterilization)?

Sebenarnya pembedahan cesarean ini tidak terhad kepada tiga kali sahaja.Kalau pesakit itu sihat dan tidak mengalami apa apa penyakit yang merbahaya seperti sakit jantung atau bubah pinggang, ia boleh menjalani pembedahan banyak kali.Mungkin sampai enam atau lapan kali bergantung kepada kemampuan kesihatannya, mentalnya dan kehendak pesakit itu sendiri.Saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah dibedah sebanyak enam kali.

Semoga dapat jadi panduan buat saya dan juga kalian semua.

Babai.

Tuesday, January 3, 2012

Semoga Allah Selamatkan Adik Saya

Huhu..tengok tajuk dah gerun

Malam nih..adik saya...Gee...akan berjuang dalam labor room..

Due date dah lebih 8 hari lebih kurang..

So tadi checkup...doctor suruh dia datang serah diri malam nih..

Lepas Isyak...

Mak saya pun mungkin akan datang malam nih ...
Semoga kalian semua doakan keselamatan adik saya gee dan baby girl yang bakal lahir nanti...
 
Kebetulan saya lak bercuti start besok sampai Jumaat untuk uruskan Asyraaf yang baru tukar sekolah...
 
Apa2 saya sanggup jadik runner untuk adik saya yang sorang2 nyer kat KL nih...
 
Doakan saya juga tabah ye kengkawan...
 
Tengkiu...
 
Luv u lots!
 

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 yer kengkawan semua...

Seperti tahun2 lepas, masing2 tanam azam dalam diri masing2...

Saya pun tak ketinggalan..

Cuma apa azam saya untuk tahun baru nih...

Ehem..biarlah saya yang tau..

Malu nak bagitau...hehehe...

Apa yang boleh saya share sini...

Saya nak azamkan SHSE....apa tuh..cam pelik jer...

SATU HARI SATU ENTRI...hahahaha...

Cam senang jer kan..tak per..kite kasi dulu can..tengok caner...

Semoga korang pun akan sukses dengan setiap azam yang korang tanamkan tahun nih..

Semoga tahun nih akan jadik lebih baik dari tahun2 yang lepas..

Amin...