![]() |
Miz u so much... |
Kisahnya, 15 Oktober 2011, beliau mengikut suaminya bertugas di New York. Bawak sekali anakandanya yang tua 20 hari jer dengan anak saya, Alya Aleesya. Kiranya setahun pat bulan la. Tiba jer di sana, beliau dimasukkan ke wad di klinik sana kerana tangannya terkena jangkitan kuman. Asalnya luka yang kecil menjadi nanah mungkin cuaca atau environmental di sana, saya tak pasti pulak. Keadaan jadik lebih teruk apabila beliau tiba di Malaysia. Terus dimasukkan ke HUKM untuk dirawat sepenuhnya khuatir kuman tersebut akan merebak ke anggota yang lain.
Semalam saya pergi melawat beliau. Berdebar-debar sebelum saya sampai ke wad untuk bertemu beliau. Bila terpandangkan mukanya, saya sebak. Tapi saya tahan supaya tak menitik air mata saya melihat beliau. Saya tahu beliau seorang yang kuat semangat. Saya sedih sebab mukanya agak cengkung...lagipun saya tak sangka pemergian beliau ke luar negara untuk makan angin bertukar jadi episod yang pasti akan diingati sampai bila-bila. Takpe, setiap kejadian ada hikmahnya. Tapi saya hepi bila saya rasa betul2 puas hati bila dah melawat sendiri dan tengok dengan mata kepala saya sendiri keadaan kakak saya itu. Bukanlah seteruk sebagaimana yang diceritakan dari mulut ke mulut oleh pegawai2 di sini. Alhamdulillah.
Selepas second operation, kata suami kak su, dah jauh lebih baik dari first kena. Alhamdulillah. Ada khabar positif. Tapi mungkin lama lagi di hospital untuk matikan kuman yang ada dan fasa untuk memulihkan jari beliau yang dah dikorek isinya. Mungkin lepas ini akan ditampal daging atau proses pemulihan jarinya pula.
InsyaAllah...saya tahu beliau seorang yang kuat semangat. Beliau mampu harungi semua yang telah ditakdirkan untuknya. Jika beliau membaca coretan ini, nak saya katakan padanya bahawa Allah tidak akan menguji seseorang itu sekiranya Allah tahu bahawa hambanya itu tidak mampu menangkis setiap ujian yang datang kepadanya. InsyaAllah. Kami semua adik2 kat opis nih sentiasa doakan yang terbaik buat Kak Su. Semoga cepat sembuh dan kembali menceriakan suasana kami. Sesungguhnya tiada yang boleh menandingi Kak Su.
Get Well Soon!!!....Lurve U Alwizz...
2 comments:
yer...adik2 akan sentiasa mendoakan kakak2 sihat dan senantiasa dalam lindungan Allah s.w.t. Insya-Allah. ;-)
Adeqku...aminnn....sama2 laa kite ekk...cayang kat korang!...
Post a Comment