Nuffnang

Afiq Asyraaf's Birthday's

Daisypath Happy Birthday tickers

Birthday Afiq Amsyar

Daisypath Happy Birthday tickers

Alya Aleesya Is Growing Now

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, March 13, 2012

myMetro | Dirang dibunuh

myMetro | Dirang dibunuh

Sila baca artikel penuh seperti di pautan.

Sebak saya rasakan bila berita kehilangan adik Dirang dikejutkan dengan pengesahan kematiannya malam tadi.

Kanak-kanak sebaya anak saya, Amsyar berumur lima tahun dibunuh dengan kejam.  Siapakah yang tergamak melakukannya?  Apakah dosa budak tu hingga sanggup diperlakukan sedemikian rupa?

Saya drive menuju ke pejabat hari ini dengan mood yang sedih.  Saya dengar radio kegemaran saya, Hot FM apabila AM Krew buat topik hari ini dengan cerita Adik Dirang.

Caller yang kebanyakannya kaum bapa meluahkan rasa simpati dan belas kasihan...ada yang menangis...buat saya jadik lagi sebak...boleh saya rasakan bagaimana perasaan mereka.

Sebagai ingatan buat diri saya dan juga para ibu bapa di luar sana...biar dalam diri kita ada rasa takut dan bimbang dengan setiap langkah ke mana saja anak-anak kita pergi.  Keadaan sekarang dianggap macam..kat mana2 pun dah tak selamat buat mereka.

Ingatlah..Sayangilah anak2 kita.  Biarlah mereka menangis kerana kita memarahi mereka.  Jangan sampai kita menangis kerana kehilangan mereka...

Al-Fatihah buat Allahyarham Adik Dirang...semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman....Aminn....

No comments: