Nuffnang

Afiq Asyraaf's Birthday's

Daisypath Happy Birthday tickers

Birthday Afiq Amsyar

Daisypath Happy Birthday tickers

Alya Aleesya Is Growing Now

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

myMetro | Amalan makan bersama baik untuk minda, emosi anak

myMetro | Amalan makan bersama baik untuk minda, emosi anak

MELUANGKAN masa makan bersama seisi keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari memberi kesan besar kepada kesejahteraan minda dan emosi anak-anak. Memang tidak dapat dinafikan dalam kesibukan kita, amat sukar untuk mencari masa makan bersama terutama pada waktu siang tetapi rasanya kita boleh berkumpul sekeluarga pada waktu makan malam.

Waktu makan bersama bukan saja menjadi saat penting untuk membina ikatan keluarga, malah tanpa anda sedari ia turut mempunyai manfaat besar terhadap kesihatan. Antara kelebihan yang boleh anda peroleh ketika makan bersama ialah:

•Tabiat makan anak menjadi lebih baik - Ia dapat mengekang masalah berat badan berlebihan di kalangan anak-anak. Bagaimana? Biasanya ketika makan bersama, ibu bapa akan berusaha menyediakan sajian seimbang yang secara tidak langsung boleh merangsang anak-anak untuk mendapat khasiat pemakanan yang diperlukan. Paling penting, sajian yang disediakan di rumah jauh lebih rendah kandungan lemak, gula dan garam berbanding makanan segera.

•Tabiat makan ibu bapa juga menjadi lebih baik - Pada ketika inilah ibu bapa perlu menunjukkan tabiat pemakanan yang baik supaya boleh menjadi teladan atau ikutan anak-anak. Ini termasuklah makan sayur, buah-buahan dan minum air kosong.

•Belajar adab sopan - Kalau anda perhatikan, adab di meja makan kini semakin hilang terutama di kalangan generasi muda. Ramai anak-anak lebih suka menikmati makanan di depan televisyen. Jika makan di meja, ada yang tergesa-gesa menghabiskan makanan kerana mahu menonton rancangan kegemaran mahupun sambung mengadap permainan komputer.

Ketika inilah anda boleh menetapkan disiplin atau peraturan di meja makan. Ini termasuklah mengajar anak-anak menyiapkan meja makan, makan perlahan-lahan (dan kunyah makanan hingga lumat sebelum ditelan) serta melatih mereka mengemas selepas siap makan. Pastikan anda suami isteri juga mematuhi peraturan yang anda tetapkan.

Tahukah anda, perlakuan anak-anak sebenarnya mencerminkan perlakuan kita di rumah? Justeru itu, janganlah kita mempamerkan tingkah laku yang kurang menyenangkan kerana ia akan ditiru dan dipaparkan anak-anak di depan orang.

 
•Nikmati masa berkualiti dengan anak-anak - Waktu makan adalah waktu yang tenang dan menyeronokkan. Ketika inilah anda boleh berinteraksi dengan anak-anak. Antara topik yang boleh anda tanyakan ialah peristiwa menarik di sekolah pada hari itu, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak-anak atau mengenai kawan rapatnya.

Cara ini secara tidak langsung akan merangsang anak berinteraksi dan dapat meluahkan pandangan mereka dengan lebih baik. Bahkan ketika inilah juga anda secara rahsia boleh mengesan pergerakan harian anak-anak terutama yang sudah masuk usia remaja.

•Kajian menunjukkan lebih kerap keluarga makan bersama, lebih rendahlah kemungkinan anak-anak untuk terbabit dalam gejala sosial seperti merokok, minum minuman keras, mengambil dadah, berasa murung, menjauhi seks sehingga tiba waktu sesuai dan mengalami masalah pemakanan. Pada masa sama emosi mereka akan bertambah baik, menunjukkan prestasi baik di sekolah, belajar perkataan baru dan tahu mengenai adab di meja makan.

 
Menurut pakar antropologi di Universiti Rutger di New Jersey, Robin Fox, makan bersama keluarga adalah cara untuk membentuk adab sopan kepada anak-anak. Ia adalah cara mengajar mereka menjadi anggota masyarakat yang berbudaya dan berhemah.

•Anak-anak mempunyai pandangan negatif positif terhadap ibu bapa mereka - Masa makan juga adalah masa terbaik untuk memuji anak-anak dengan berterima kasih kepada perlakuan baik dan kerajinan mereka membantu anda. Paling mudah anda boleh berterima kasih kerana mereka rajin ke sekolah dan belajar.
Anak-anak dari keluarga yang jarang makan bersama akan rasa tertekan apabila sesekali berpeluang berkumpul dengan ibu bapa. Apa yang lebih membimbangkan ialah kajian mendapati anak-anak ini berasa diri mereka tidak begitu penting dan tidak menjadi kebanggaan ibu bapa kerana jarang makan bersama.

 
•Kemahiran berfikir dan bertutur anak-anak akan bertambah baik. Ini boleh dicapai kerana ada perbualan panjang antara ibu bapa dan anak-anak ketika makan.
•Anak-anak lebih cepat belajar perkataan baru ketika perbualan di meja makan berbanding perkataan yang dikutip ketika ibu atau bapa membacakan mereka buku cerita.

•Keakraban hubungan keluarga yang terbentuk daripada makan bersama seisi keluarga memberi kesan besar kepada kehidupan anak dan kesan positif ini akan mempengaruhi tabiat makan mereka. Tabiat pemakanan yang baik dipupuk dari kecil akan diamalkan sepanjang hayat.
•Bagi remaja, kekerapan makan bersama keluarga bermakna akan berkuranglah pengambilan makanan segera dan minuman ringan yang mengandungi banyak lemak dan gula.


p/s Terima kasih pada abah dan ma saya....memang sejak kecil lagi kami diajar supaya makan bersama...sekarang saya terapkan dan ajar pada anak2 kami....InsyaAllah....ingat lagi sampai sekarang..jangan ambil lauk dulu selagi abah atau ma atau orang paling tua dari kami belum sentuh sudu lauk....dan jangan bangun dulu kalau dah siap makan..tunggu yang lain selesai makan....

Something good yang boleh dishare....sharing is caring...!

Friday, March 2, 2012

Seefood Movie


Just share clip video cite seefood...coming soon on cinema on 8th March 2012...

Anak-anak request nak tengok cite neh...tapi aku rasa kan..cite neh lebih kurang standard upin-ipin kot....memang terbaeeeekkkkk aku rase....

Yang penting hasil anak Malaysia....bangga beb....

Masa memule kuar promo kat TV..saya dah agak cite neh orang Malaysia bikin....ada satu scene kalo korang perasan ada gambar wau bulan....tapi bile saya cakap ngan encik suami saya....die tak caya..dia kate mane ade orang kita buat standard filem cam hollywood...gambar cantekkk kottttt.....

Isshh..tak sesabo laa nak tengok....pssttt..anak suka..ibu gembiraaaa....hehehehe....

C U.....

Friday, February 24, 2012

Kalau betullah...Alhamdulillah....

CUEPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI RM700 - RM2,500
UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54



Berita Harian - 23/2/2012

PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah:

Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700

Gred 17 hingga Gred 26 kenaikan sebanyak RM1,000

Gred 27 hingga Gred 40 kenaikan sebanyak RM1,500 (Mmmm best tuh)

Gred 41 hingga Gred 48 kenaikan sebanyak RM1,800

Gred 52 hingga Gred 54 kenaikan sebanyak RM2,500.

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini.
Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap

maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan

selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan

gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun

lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar

tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap

Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah

lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa

berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji,

sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang

di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam

SBPA.

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai

rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs

lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan

jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan

gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan

disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu

ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.-- BERNAMA

Friday, January 13, 2012

Bersalin secara pembedahan

N3 ni saya tujukan khas buat adik saya, Gee yang baru selamat bersalin 4 Januari 2012 baru nih.  Dia sungguh 'down' bila dapat tahu yang dia kene bersalin secara Caesarean.  Puas kami tenangkan dia.  Alhamdulillah..kedua2 selamat.  Baby juga comel n baik jer...geram saya tengok...Artikel ini juga elok dijadikan panduan untuk semua kaum wanita dan juga kaum Adam untuk lagi memahami isteri tersayang.

Sumber:  Credit to http://www.hamidarshat.com/

Pembedahan Caesarean Mengapa Perlu ?
Pembedahan Cesarean untuk melahirkan anak dengan cara pembedahan biasanya dilakukan secara cemas (emergency) atau secara diatur (elective). Di antara sebab-sebab ia dilakukan ialah :

1. Bayi lemas (fetal distress), ditandai denyutan jantung bayi sangat perlahan kerana tidak cukup oksigen dibekalkan dalam rahim sewaktu proses beralin.

2. Perdarahan kerana uri diberada depan bayi dan menyekat pintu rahim(Placenta previa).

3 . Rongga punggung ibu sempit, tidak muat kepala bayi.

4.Kedudukkan bayi songsang atau melintang.

5 . Sakit bersalin terlalu lama, mungkin lebih 24 jam, ibu keletihan.

6 . Bayi terlalu besar.

7.Masalah-masalah seperti mandul; berulang-kali keguguran anak; mengandung anak sulung dan ibu berumur lebih 35 tahun ke atas (elderly primidgravida) dan lain-lain..

Bagaimana Bius ?
Biasanya ada dua pilihan ;

1.Bius umum, tidur langsung. (General anesthetic)

2.Bius saraf belakang ‘Epidural’ , hanya kebas pada perut hingga ke kaki, masih sedar tentang apa yang berlaku.

Jagaan Lepas Bedah
Jagaan selepas pembedahan cesarean adalah seperti juga jagaan waktu pantang selepas bersalin atau jagaan selepas pembedahan daripada penyakit jenis lain dalam perut. Rawatan susulan ke klinik ialah selepas 2 minggu untuk melihat perkembangan luka jahitan.

Apa yang penting sekali ialah dalam dua minggu pertama ketika luka daripada pembedahan dan kelahiran bayi mulai pulih, badan memerlukan banyak sumber protin daripada makanan, oleh itu makanan yang berkhasiat dan seimbangterdiri bahan-bahan karbohidrat, protin, vitamin daripada sayur-sayuran dan buah-buahan adalah penting.

"Oleh itu dalam waktu pantang ini, khususnya selepas pembedahan cesarean, janganlah sekat makanan yang berkhasiat oleh sebab kepercayaan dan amalan budaya kita ataupun oleh sebab desakan dari orang orang tua kita.Walau demikian makanan yang tentu boleh menyebabkan masalah seperti yang boleh menyebabkan alahan (allergy) patut dijauhkan."

Kurangkan sedikit bahan-bahan yang kaya dengan minyak dan lemak dan bahan manisan yang mengandungi banyak gula seperti coklat dan ais-krim.Pil vitamin dan logam yang dimakan ketika mengandung patut diteruskan sehingga habis pantang khususnya bagi mereka yang menyusukan kerana proses penyusuan memerlukan bahan bahan vitamin khususnya kalsium dalam pembentukan susu.

Biasanya luka pada perut akan kering dan rapat setelah dua minggu.Ketika ini pesakit boleh melakukan aktiviti dan kerja rumah.

Amalan menggunakan bengkung dan juga bertungku tidak dicegah.

Mengurut pada badan juga tidak dicegah, tetapi jika boleh jangan sentuh bahagian perut khususnya pada luka pembedahan tersebut.

Makanan makanan tambahan untuk mempercepatkan proses pemulihan di luka, seperti Jeli, pati ikan haruan dan lain lain bahan di pasaran tidak dicegah.

Apa yang dilarang ialah mengaplikasikan terus ubat pati gamat atau pati haruan pada bahagian bahagian luka ketika 3 minggu pertamaselepas dibedah.

Ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan kesakitan yang teramat sangat berlaku. Jika ini berlaku anda mesti bersihkan kawasan yang dijankiti kuman dengan savlon yang dicampur air suam, berserta kapas bersih pada kawasan itu. Picit air bisa dan nanah keluar setiap hari dan biarkan luka terdedah kepada udara. Ini akan memeprcepatkan proses pemulihan kulit.

Jarak kehamilan selepas cesarean

Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?

Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun.Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ?misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.

Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.

Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya.Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.

Bolehkah saya melahirkan secara normal berikutnya?
Sebenarnya selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat besar, mungkin melebihi 70 peratus

Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya.Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi lemas, atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi.

Bolehkah seseorang wanita yang menjalani dua pembedahan cesarean melahirkan bayi secara normal?

Sebenarnya ini tidak mustahil kerana pada pengalaman saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas dua kali dibedah cesarean.Tetapi sebelum ini dibenarkan berlaku, satu penilaian penting harus dilakukan, samaada rongga punggungnya itu sempit atau tidak dengan melakukan ujian x-ray punggung (pelvimetry) pada bulan terakhir kandungan.Ukuran besar bayi juga perlu dilakukan melalui ultra-sound.

Ketika mengandung kali ini, ibu tersebut dinasihatkan supaya jangan memakan bahan karbohidrat atau manisan yang berlebihan untuk mencegah bayi menjadi terlalu besar.Makanan yang berasaskan protin dan sayuran perlu ditekankan, malah saya ada satu pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas tiga kali dibedah cesarean.Tetapi ini satu keadaan yang amat luar biasa dan kelihatan mustahil tetapi wujud.

Perlukah selepas tiga kali dibedah ia mesti diikat saluran benihnya (sterilization)?

Sebenarnya pembedahan cesarean ini tidak terhad kepada tiga kali sahaja.Kalau pesakit itu sihat dan tidak mengalami apa apa penyakit yang merbahaya seperti sakit jantung atau bubah pinggang, ia boleh menjalani pembedahan banyak kali.Mungkin sampai enam atau lapan kali bergantung kepada kemampuan kesihatannya, mentalnya dan kehendak pesakit itu sendiri.Saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah dibedah sebanyak enam kali.

Semoga dapat jadi panduan buat saya dan juga kalian semua.

Babai.

Thursday, December 29, 2011

New lesson for me in this two days course!

Ahakss...tengok tajuk kemain kan?

Arini saya belajar benda yang mungkin seme dah tau...tapi saya baru tau n refresh...hahahha...

Saya belajar pakai One Note....Belajar Power Point...haa..mesti ade yang gelak kat saya kan...baru belajar power point...serius selama nih bos mintak saya buat slide...basic jer saya buat kat die...rupe2nyer....macam2 dalam tuh.....huh..memang menterujakan saya...

Tak per laa korang nak gelak pun saya redha jer laa...pas nih saya try apply dalam blog saya ekkk..saya rasa boleh kot...hehehe....

Kaylah cikgu kat depan...

Babai...

Friday, December 16, 2011

D.I.Y. - Panduan Menangani Anak Demam

Waaa...tengok tajuk...so full of info kan..hehehe...Ekceli phamplet nih dah lama ada di tangan saya...sejak dari 2009...Masa Amsyar empat tahun..dia demam panas and again die pun demam tarik jugak...huhu...Alhamdulillah sekali jer die kene...and now die dah empat tahun...tak pernah lagi kene...mintak2 dijauhkan...aminnn....

So saya nak share dengan semua sebagai panduan ya....Maafkan gambar yang dah pudar sebab menitik air.  Almaklumlaa dah lama simpan.







Okay...saya taipkan balik kat bawah nih ekk...sian korang nak kene sengetkan kepala ek..hehehe...

Demam Sawan
(Sumber dari Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur)

Apa harus anda lakukan?

**Ketika demam
-Lakukan mandi berjelum
-Tanggalkan pakaian
-Pakaikan baju yang nipis sahaja
-Berikan ubat Paracetamol sebagaimana arahan.

**Ketika Sawan
-Anda harus bertenang
-Mengiringkan anak anda
-Jauhkan barang-barang merbahaya di sekitarnya
-Jangan letakkan apa-apa di dalam mulut
-Jangan tinggalkan anak anda bersendirian
-Sekiranya serangan sawan berpanjangan iaitu lebih dari 5 minit, bawa ke pusat rawatan

Okay...tu je....nampak cam simple and semua orang boleh buat...tapi percaya laa...jadi kat saya...bila kene kat anak kiter...kiter terus jadik blank...panik...tak tau nak buat ape...huhu..InsyaAllah...semoga jadi panduan untuk kita semua.

Wednesday, November 16, 2011

Ingatan Sesame Kita

Buat Ingatan diri saya sendiri dan pembaca semua.

Sumber:  http://www.norhayatimohd.blogspot.com/


Tujuh kalimat yg harus dibiasakan..




1. بِــــــــــسْمِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـم



Setiap hendak melakukan sesuatu. ↑



2. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْـعَالَمِيْـن

Setiap habis melakukan sesuatu.↑



3. اَسْتَغْفِرُاللَهَ الْعَظِيْمِ

jika melakukan sesuatu yg buruk. ↑



4. اِنْشَاءَ اللَّه

jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.↑



5. لاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَاِلاَّبِاللَّه



bila tidak bisa melakukan ssuatu yg agk berat/melihat hal yang buruk.↑



6. اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ



jika melihat/menghadapi musibah. ↑



7. لاَاِلَهَ اِلاَّاللَه مُحَمَّدَالرَّسُوْلُ اللَه



bacalah siang & malam sebanyak2nya.↑



Rasulullah bersabda



"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang

menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala...amin