~~:Pabila Jari Lincah Berlari:~~
Kalian adalah kekuatan dan penawar suka duka dalam menempuhi kehidupan seharian
Nuffnang
Tuesday, February 19, 2013
akhirnya bernyawa kembali
fuhh...kemain lama blog saya nih tak berupdate....lama2 sungguh...ntah tak tau pedia penyakitnya...saya tak leh login...nih saya try tukar password...baru idup kembali..yahooo...nape laa saya tak struggle dari dulu lagi..huhu...
Wednesday, April 4, 2012
Rajuk VS Pujuk
Emmm....menarik tajuk yang AM Krew Hot Chat @ HOTFM pagi nih ...saya selalu dengar radio hot fm pepagi masa drive....radio tuh memang terbaeekkk laa bagi saya...boleh buat saya ketawa sengsorang dengan gelagat 'kesatukepalaan' dorang...erkkk matilah bila buat istilah lintang pukang.
Rajuk VS Pujuk ...memang kene dengan saya pagi nih...bila dah sampai saat nak angkat bendera merah neh...bila emosi menguasai diri...mule laa memacam datang...setan tanduk satu...tanduk dua setengah semer ader.....mule laa datang melanda.....huhu...
Malam tadi saya tergeliat perasaan jap ngan En. Suami saya......biasa laa bila bercakap memasing nak menang jer...(saya lah tuh)...tapi orang cakap asam garam rumah tangga....tak per laa..sesame telan jer kan..... tapi masalahnya..pagi nih dia tak kol saya lagi..biasa pepagi mesti tanye sampai opis kol bape?...dah bekfast ke lom..tapi nih dah kol 10.30 pagi...huhu..dia tak kol lagi...uwaaaa...
Kalo dia tak kol saya...petang2 nak balik baru saya kol dia...tak sukenye kene ngalah..huhu...tak per la kan..tak baik kan....(tenangkan diri sendiri)....hehehe...
Kay tu jer nak share mood saya yang tergeliat pagi nih...
Semoga kebahagiaan tetap menjadi milik kami sekeluarga...
Aminnn...
Tuesday, April 3, 2012
myMetro | Amalan makan bersama baik untuk minda, emosi anak
myMetro | Amalan makan bersama baik untuk minda, emosi anak
Cara ini secara tidak langsung akan merangsang anak berinteraksi dan dapat meluahkan pandangan mereka dengan lebih baik. Bahkan ketika inilah juga anda secara rahsia boleh mengesan pergerakan harian anak-anak terutama yang sudah masuk usia remaja.
MELUANGKAN masa makan bersama seisi keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari memberi kesan besar kepada kesejahteraan minda dan emosi anak-anak. Memang tidak dapat dinafikan dalam kesibukan kita, amat sukar untuk mencari masa makan bersama terutama pada waktu siang tetapi rasanya kita boleh berkumpul sekeluarga pada waktu makan malam.
Waktu makan bersama bukan saja menjadi saat penting untuk membina ikatan keluarga, malah tanpa anda sedari ia turut mempunyai manfaat besar terhadap kesihatan. Antara kelebihan yang boleh anda peroleh ketika makan bersama ialah:
•Tabiat makan anak menjadi lebih baik - Ia dapat mengekang masalah berat badan berlebihan di kalangan anak-anak. Bagaimana? Biasanya ketika makan bersama, ibu bapa akan berusaha menyediakan sajian seimbang yang secara tidak langsung boleh merangsang anak-anak untuk mendapat khasiat pemakanan yang diperlukan. Paling penting, sajian yang disediakan di rumah jauh lebih rendah kandungan lemak, gula dan garam berbanding makanan segera.
•Tabiat makan ibu bapa juga menjadi lebih baik - Pada ketika inilah ibu bapa perlu menunjukkan tabiat pemakanan yang baik supaya boleh menjadi teladan atau ikutan anak-anak. Ini termasuklah makan sayur, buah-buahan dan minum air kosong.
•Belajar adab sopan - Kalau anda perhatikan, adab di meja makan kini semakin hilang terutama di kalangan generasi muda. Ramai anak-anak lebih suka menikmati makanan di depan televisyen. Jika makan di meja, ada yang tergesa-gesa menghabiskan makanan kerana mahu menonton rancangan kegemaran mahupun sambung mengadap permainan komputer.
Ketika inilah anda boleh menetapkan disiplin atau peraturan di meja makan. Ini termasuklah mengajar anak-anak menyiapkan meja makan, makan perlahan-lahan (dan kunyah makanan hingga lumat sebelum ditelan) serta melatih mereka mengemas selepas siap makan. Pastikan anda suami isteri juga mematuhi peraturan yang anda tetapkan.
Tahukah anda, perlakuan anak-anak sebenarnya mencerminkan perlakuan kita di rumah? Justeru itu, janganlah kita mempamerkan tingkah laku yang kurang menyenangkan kerana ia akan ditiru dan dipaparkan anak-anak di depan orang.
•Nikmati masa berkualiti dengan anak-anak - Waktu makan adalah waktu yang tenang dan menyeronokkan. Ketika inilah anda boleh berinteraksi dengan anak-anak. Antara topik yang boleh anda tanyakan ialah peristiwa menarik di sekolah pada hari itu, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak-anak atau mengenai kawan rapatnya.
Cara ini secara tidak langsung akan merangsang anak berinteraksi dan dapat meluahkan pandangan mereka dengan lebih baik. Bahkan ketika inilah juga anda secara rahsia boleh mengesan pergerakan harian anak-anak terutama yang sudah masuk usia remaja.
•Kajian menunjukkan lebih kerap keluarga makan bersama, lebih rendahlah kemungkinan anak-anak untuk terbabit dalam gejala sosial seperti merokok, minum minuman keras, mengambil dadah, berasa murung, menjauhi seks sehingga tiba waktu sesuai dan mengalami masalah pemakanan. Pada masa sama emosi mereka akan bertambah baik, menunjukkan prestasi baik di sekolah, belajar perkataan baru dan tahu mengenai adab di meja makan.
Menurut pakar antropologi di Universiti Rutger di New Jersey, Robin Fox, makan bersama keluarga adalah cara untuk membentuk adab sopan kepada anak-anak. Ia adalah cara mengajar mereka menjadi anggota masyarakat yang berbudaya dan berhemah.
•Anak-anak mempunyai pandangan negatif positif terhadap ibu bapa mereka - Masa makan juga adalah masa terbaik untuk memuji anak-anak dengan berterima kasih kepada perlakuan baik dan kerajinan mereka membantu anda. Paling mudah anda boleh berterima kasih kerana mereka rajin ke sekolah dan belajar.
Anak-anak dari keluarga yang jarang makan bersama akan rasa tertekan apabila sesekali berpeluang berkumpul dengan ibu bapa. Apa yang lebih membimbangkan ialah kajian mendapati anak-anak ini berasa diri mereka tidak begitu penting dan tidak menjadi kebanggaan ibu bapa kerana jarang makan bersama.
•Kemahiran berfikir dan bertutur anak-anak akan bertambah baik. Ini boleh dicapai kerana ada perbualan panjang antara ibu bapa dan anak-anak ketika makan.
•Anak-anak lebih cepat belajar perkataan baru ketika perbualan di meja makan berbanding perkataan yang dikutip ketika ibu atau bapa membacakan mereka buku cerita.
•Keakraban hubungan keluarga yang terbentuk daripada makan bersama seisi keluarga memberi kesan besar kepada kehidupan anak dan kesan positif ini akan mempengaruhi tabiat makan mereka. Tabiat pemakanan yang baik dipupuk dari kecil akan diamalkan sepanjang hayat.
•Bagi remaja, kekerapan makan bersama keluarga bermakna akan berkuranglah pengambilan makanan segera dan minuman ringan yang mengandungi banyak lemak dan gula.
p/s Terima kasih pada abah dan ma saya....memang sejak kecil lagi kami diajar supaya makan bersama...sekarang saya terapkan dan ajar pada anak2 kami....InsyaAllah....ingat lagi sampai sekarang..jangan ambil lauk dulu selagi abah atau ma atau orang paling tua dari kami belum sentuh sudu lauk....dan jangan bangun dulu kalau dah siap makan..tunggu yang lain selesai makan....
Something good yang boleh dishare....sharing is caring...!
Monday, April 2, 2012
Senyum lebar tanda kegembiraan
Friday, March 23, 2012
Hatimu milikku
Saya upload lagu feveret anakanda saya, Alya Aleesya a.k.a si Gadis.
Dia memang suka lagu nih. Even tengah leka main kat bilik atas..bila dia dengar lagu nih kat tv bawah...terus turun...nyanyi bahasa dia...ikut rhythm lagu nih..hehehe....
Just layannn....
p/s: Just wondering, saya dulu macam tuh ke ek? hehehe...
Lirik Lagu Hatimu Milikku -Nera AF9
Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku
[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu
[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu
Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Ulang [*][**]
Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku
Ulang [*][**]
Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini
Tuesday, March 13, 2012
myMetro | Dirang dibunuh
myMetro | Dirang dibunuh
Sila baca artikel penuh seperti di pautan.
Sebak saya rasakan bila berita kehilangan adik Dirang dikejutkan dengan pengesahan kematiannya malam tadi.
Kanak-kanak sebaya anak saya, Amsyar berumur lima tahun dibunuh dengan kejam. Siapakah yang tergamak melakukannya? Apakah dosa budak tu hingga sanggup diperlakukan sedemikian rupa?
Saya drive menuju ke pejabat hari ini dengan mood yang sedih. Saya dengar radio kegemaran saya, Hot FM apabila AM Krew buat topik hari ini dengan cerita Adik Dirang.
Caller yang kebanyakannya kaum bapa meluahkan rasa simpati dan belas kasihan...ada yang menangis...buat saya jadik lagi sebak...boleh saya rasakan bagaimana perasaan mereka.
Sebagai ingatan buat diri saya dan juga para ibu bapa di luar sana...biar dalam diri kita ada rasa takut dan bimbang dengan setiap langkah ke mana saja anak-anak kita pergi. Keadaan sekarang dianggap macam..kat mana2 pun dah tak selamat buat mereka.
Ingatlah..Sayangilah anak2 kita. Biarlah mereka menangis kerana kita memarahi mereka. Jangan sampai kita menangis kerana kehilangan mereka...
Al-Fatihah buat Allahyarham Adik Dirang...semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman....Aminn....

Tuesday, March 6, 2012
Rindu Kamu2!
Saya nak buat kenang2an gambar anak2 buah saya...my side....kengkadang rindu dengan gelagat dorang...sedih jugak biler ingat anak2 saya selalu sebut nama2 dorang...ye laaaa..Kelantan - KL..jauh kot...tak leh travel slalu...huhu..
Anak buah yang dekat belah saya...hanya dua orang....anak gee..dekat sikit dengan saya. Dorang dok Sungai Buloh. Itu yang kalo dua minggu selang tak gi check in sungai buloh..dorang sebut2 nak jumpa mummy n uncledorang...
Setakat ni mak ngan abah saya dah ada 9 orang cucu....wauwiiii.....best2..ramai tuh...mintak2 dorang nih akan kekal rapat sampai bila2...yelah...kami lima beradik jerrr....dan wahai anak2 buahku..ingat...bila besar nanti...buat umah macik2 korang nih macam rumah sendiri tau...datang umah..bukak tutup saji...haaa..gitu laa perumpaannyerrr...hehehe...
Okeh gelaran kami :
Abah : Atukcool
Ma : NenekVogue
Abang Sulung : Baba
Kakak Ipar saya : Ibu
Saya (kakak Sulung) : Mama
En. Suami saya : Papa
Gee (adik saya) : Mummy
Eriq (Adik ipar saya) : Uncle Eriq
Ateh (Adik saya) : Auntie
Faizal (adik ipar saya):Uncle Faizal
Ashu (Adik bongsu saya): Ashu *Feveret seme anak buah*
Abie (Adik ipar bongsu) : Abie
Dah ramai ahli keluarga kami rupanya..sebab tuh meriah taim sekali sekala berkumpul....seronokknyerr...so nexxtttt...kita tunggu lagi pertambahan ahli baru. Aminnn....Semoga kita dapat mengekalkan kemesraan dan silaturrahim antara kita wahai adik beradikku..
Rendu kalian semua!

Abah : Atuk
Ma : Nenek

Ayong - Nik Qistina Fitri. Anak sulung abang saya. |
Hepi moment ever! |
Kami gelar dak ini Dada. Uda - Anak Ketiga Abang Saya. |
Apa saje la aktiviti dorang kalo dah ramai2 neh. |
Memasing pose tersendiri. Fokus kat si baju putih - Angah. Anak kedua Abang saya. |
Hishh geram ngan dak bam2 neh. Achik - Anak keempat abang saya. |
Masa Baba ngan Ibu dorang bawak gi ICT Shah Alam. Wahai anak, mama pun lum sampai lagi...huhu... |
See...dorang memang hepi kalo ramai2.... |
Anak buah terbaru - Myaa Ariana - Anak Kedua adik saya, Gee. |
Gee dan adik ipar saya, Eriq dukung anak sulung mereka, Miqael Mukriz. |
Subscribe to:
Posts (Atom)